
Untuk makluman Tuan/Puan, SenangApps telah mengambil inisiatif mengiklankan kenderaan sewa Tuan/Puan di aplikasi SewaJer. Kami telah memperolehi data dari sumber internet seperti Google, Facebook dan laman-laman sosial media yang lain.
SewaJer adalah aplikasi mudahalih percuma yang menghubungkan 50,000 bakal penyewa kepada pemilik-pemilik kenderaan sewa, tanpa sebarang caj atau komisen.
Jika Tuan/Puan tidak mahu mempamerkan kenderaan sewa anda di SewaJer, sila isi borang dibawah untuk kami mengeluarkan kenderaan anda dari sistem SewaJer dengan kadar segera.
Tetapi, jika Tuan ingin menjadikan SewaJer sebagai salah satu saluran untuk mencari pelanggan and pengiklanan, sila muatturun aplikasi SewaJer Pemilik, dan isi borang di bawah supaya Tuan boleh mengakses kenderaan dan mengurus pesanan dari pelanggan terus melalui aplikasi SewaJer Pemilik.
SewaJer dan SewaJer Pemilik adalah 100% percuma, tanpa komisen atau bayaran pada penyewa atau memilik. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan keraguan tentang perkhidmatan SewaJer, sila hubungi kami melalui pautan ini.
SenangApps, SewaJer dan SewaJer Pemilik telah dibangunkan oleh sebuah syarikat IT berstatus MSC dan bertaraf Bumiputra yang beroperasi di Cyberjaya sejak tahun 2005.
